Oleh: cahayapelangi | September 22, 2010

Apa itu The Matrix

Pengenalan :

AKAN DATANG DI MistisFiles!!

Persoalan Matrix.

Apakah Matrix itu?Filem?Permainan video?Matematik?
Ketika filem The Matrix telah ditayangkan di pawagam-pawagam seluruh dunia sekitar tahun 1999, pelbagai penafsiran telah dibuat mengenainya
oleh pelbagai lapisan masyarakat. Setengah pihak teruja dengan kesan khas dan kecanggihan teknik penggambarannya, setengah pihak pula mengaitkannya dengan mindcontrol dan konspirasi. Ada yang kebingungan hingga ke saat ini, ada yang mula mendekatkan diri dengan Al-Quran dan ajaran Tasawuf.

Apa pun penafsirannya, persoalan Matrix (kata ‘Matrix’ diambil dari fenomena filemnya) adalah salah satu masalah penting dalam arkib MistisFiles, sehingga diwujudkan satu jabatan penyelidik khas untuknya. Rahsia The Matrix menjangkau beribu-ribu abad ke belakang, merangkumi masa kini dan era-era masa hadapan dalam pelbagai tulisan dari pelbagai kepercayaan, agama dan falsafah. Antara kandungan Fail The Matrix:

*Kepercayaan pelbagai agama

*Rahsia Matrix

*Dimensi dan Kuantum

*Pengetahuan Izazil tentang Matrix

*Terlihat atau Halimunan

*Jenis-jenis makhluk dalam tingkatan Matrix

*Matrix lebih tinggi

*Hubungan Dimensi dan Matrix

*Reinkarnasi dan kehidupan selepas kematian

*Falsafah esoterik Barat tentang Matrix

*Kajian kes: Micheal Topper

*The Source

*Merovingian

*The One

*Sentinel dan Zion

*Pengajian Tasawuf

*Sufism, Rosicrusian dan Necronomicon

*Singulariti

*Superstring

*Jin dan Syaitan

*Reptilian, Plaeidean dan entiti lainnya

*Teori Masa

*Hukum Graviti

*Teknologi Maya

*Ilusi Komputer

*Counter Strike dan Half-Life

*Para Hacker dan Nmap

*Port, Backdoor dan Trojan Horse

*Teori Mindcontrol

dan seterusnya…..

The Matrix bukan sekadar filem, terdapat maksud tersirat disebaliknya, melangkaui kepercayaan pelbagai agama khasnya Islam, dimana para orientalis banyak belajar dari falsafah Tasawuf (Sufism mengikut terminologi Barat) untuk mengetahui rahsia alam ini. Pengetahuan Matrix terbahagi kepada dua; dari Allah S.W.T kepada para malaikat seterusnya para Kekasih-Nya (khasnya Nabi Muhammad S.A.W) hingga kepada insan-insan beriman dan yang kedua, Izazil (Iblis) menurun kepada syaitan, Dajal dan seterusnya kepada Secret Societies. Izazil pula belajar tentang Matrix ketika dia menjadi Ketua Malaikat dari The Source, Allah Rabbul Izzati. Nabi Adam A.S pula setelah diciptakan turut belajar silibus Matrix dengan codename: ‘NAMA-NAMA’ (sila rujuk Al-Quran). The Matrix adalah kisah pencarian makhluk Tuhan bernama manusia kepada asal-usul dirinya, di mana sebenarnya dia berada, ke mana dia akan pergi dan kepada siapa dia akan kembali.

Peringatan the Matrik.

Artikel-artikel dalam masalah The Matrix kebanyakan diluar kotak pemikiran biasa.Anda sebagai pembaca tidaklah dipaksa untuk mempercayainya 100%.Jika ada bahagian yang anda rasa mengganggu ketenteraman anda,anda tidak digalakkan untuk meneruskannya.

Pemikiran atau idea di dalam artikel The Matrix adalah pemikiran yang dapat disimpulkan masa ini .Bermakna pengetahuan manusia terhenti di sini hanya yang diketahuinya saja.Bermaksud,idea di dalamnya bukanlah bertujuan mengajar satu bentuk ajaran baru atau ajaran sesat tetapi lebih kepada proses pencarian kebenaran.Apa yang penting ialah BERFIKIR dengan mendalam.Mungkin idea-idea di dalamnya akan ketinggalan zaman (atau habis tarikh luputnya) apabila pengetahuan lebih baru dapat dicapai.Ini samalah seperti bumi yang dianggap leper pada masa dahulu,kemudiannya barulah diketahui berbentuk sfera setelah pengetahuan sains semakin maju.

Inilah yang dimaksudkan.Kebenaran sering berubah mengikut peningkatan dan perubahan kesedaran manusia.Apa yang kita sangka betul pada hari ini tidak semestinya betul 100 tahun akan datang.Jika ada bahagian-bahagian yang tidak betul atau salah sama sekali,anda boleh membetulkanya pada kolem comen. Ada artikel-artikel yang akan menyentuh soal agama,jadi jika ada pembaca yang sedar akan kesalahan tertentu di sepanjang perbincangan The Matrix,kami berbesar hati jika pembaca ‘menegur’ SECARA MEMBINA kesalahan itu,demi tercapai suatu kebenaran.


Tinggalkan Balasan

Isikan data di bawah atau klik salah satu ikon untuk log in:

Logo WordPress.com

You are commenting using your WordPress.com account. Logout / Ubah )

Gambar Twitter

You are commenting using your Twitter account. Logout / Ubah )

Foto Facebook

You are commenting using your Facebook account. Logout / Ubah )

Foto Google+

You are commenting using your Google+ account. Logout / Ubah )

Connecting to %s

Kategori

%d blogger menyukai ini: